Kenali Punca-punca Jerawat
Secara lebih 
terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati
 tersangkut di dalam liang roma kulit.  Lapisan kulit mati pada tubuh 
kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap 
dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca 
yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan
 dan juga kulit leher manusia.
Pada usia 
remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak 
sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. 
Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa 
kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
2. Bakteria
Bakteria yang 
dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu 
bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah 
sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat 
mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan 
kulit orang yang tidak berjerawat.
3. Pemakanan
Walaupun punca 
jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan 
dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan 
langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan 
anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi 
hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut 
menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher
 pesakit.
4. Stress
Stress boleh 
memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan 
rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu 
memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang 
teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta 
hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan 
berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.
5. Alat Solek
Sebenarnya alat
 solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda 
tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia
 boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.
6. Matahari
Cahaya matahari
 juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang 
dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan 
berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.
7. Pakaian
Tidak ramai 
yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia 
berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim 
tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar 
dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana 
kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.
CARA MENGATASI MASALAH JERAWAT


No comments:
Post a Comment