Posted by Irfan Khairi
Kekayaan atau kesihatan yang penting? Pastinya ramai akan kata, kesihatan lagi penting. Tapi sering kali, kita hanya mengambil berat tentang kesihatan kita apabila kita jatuh sakit. Bila tak sakit, mungkin berbagai aktiviti gaya hidup yang kurang sihat kita amalkan- seperti merokok, makan berlebihan, minum minuman yang manis dan sebagainya. Apabila jatuh sakit, baru lah kita akan tersedar dan pantang untuk menjaga kesihatan.
Menjaga kesihatan harus bermula daripada awal sebelum terlewat. Dengan kesihatan yang terjaga, kita juga dapat menjaga kewangan kita pada kos-kos perubatan yang sering menelan beribu ringgit. Antara cara asas menjaga kesihatan kita:
- Jaga pemakanan kita - jangan makan berlebihan, kurangkan garam dan juga gula. Lebihkan buah buahan dan sayur-sayuran. Makanan terbaik adalah makanan organik (tidak diproses).
- Bersenam selalu - lakukan senaman dari masa ke semasa. Senaman mudah seperti jogging ataupun berjalan. Bersukan adalah aktiviti sihat yang dapat dilakukan. Tidak minat dengan sukan? lakukan senaman-senaman mudah dari rumah (Turun naik tangga juga bersenam!)
- Cukupkan rehat - Tidur sedikit awal setiap hari sekiranya anda rasakan badan penat dan lesu. Apa yang anda perlukan adalah rehat yang secukupnya.
Di pasaran juga terdapat berbagai-bagai produk kesihatan yang dapat menjaga kesihatan kita. Contoh seperti DCL.
Dalam menjaga kewangan kita, kita perlu jaga kesihatan. Mungkin kita sihat tubuh badan hari ini, tetapi, 10..20 tahun akan datang, tiada siapa yang akan tahu.
Jaga kesihatan anda hari ini, untuk menjimat kewangan anda pada masa akan datang.
Sering kita dengar kisah-kisah seseorang dalam keluarga yang kurang sihat sehingga membebankan keadaan kewangan keluarga. Sememangnya kesihatan tubuh badan adalah di tangan Allah swt, tetapi, terdapat juga penyakit-penyakit yang boleh dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Setiap kali, kita sering memikirkan bagaimana hendak menambahkan kewangan kita. Tetapi jarang kita fikirkan cara menambahkan kesihatan kita supaya kewangan kita di masa hadapan akan terjaga.
Peringatan untuk semua dan diri saya sendiri juga… jaga kesihatan, supaya kewangan keluarga di masa akan datang dapat dilindungi.
No comments:
Post a Comment